Thursday, February 5, 2009

Panduan Membina Ayat

Antara kelemahan sebilangan besar pelajar dalam bahagian membina ayat ialah mereka gagal membina ayat seperti yang dikehendaki dalam skema pemarkahan. Hal ini demikian kerana terdapat pelajar yang melanggar peraturan yang ditetapkan. Untuk membaiki kelemahan ini pelajar disarankan agar memahami beberapa panduan yang berikut dahulu, sebelum menjawab soalan membina ayat:
1. Ayat yang dibina hendakla matang dan sesuai dengan tahap pelajar.
2. Mestilah lengkap strukturnya (subjek dan predikat) dan tidak tergantung.
3. Jangan gunakan perkataan yang diuji sebagai nama khas atau peribahasa.
4. Jangan bina ayat yang tidak logik dan tidak menunjukkan pemahaman terhadap perkataan yang diuji.
5. Pelajar boleh memberikan makna perkataan tetapi hendaklah dalam ayat yang lengkap.
6. Jangan bina ayat yang kelihatan seperti satu ayat tetapi sebenarnya dua atau lebih ayat.
7. Jangan tambah/buang/ubah imbuhan pada perkataan yang diuji.
8. Jika menggunakan ayat cakap ajuk, pastikan peraturan menulis ayat itu dipatuhi.
9. Jika tidak yakin ayat yang dibina itu tepat, calon boleh membina 2 ayat bagi perkataan yang diuji.
10. Markah akan dipotong bagi kesalahan ejaan dan tatabahasa.
11. Pelajar wajar membina ayat dalam lingkungan 10-15 patah perkataan.
* Setiap ayat dibina hendaklah mematuhi kehendak soalan, misalnya tidak menambah atau menukar imbuhan. Ayat yang dibina haruslah dapat menunjukkan pengetahuan pelajar tentang makna kata. Selain itu ayat tersebut hendaklah gramatis.
* Seboleh-bolehnya, ayat yang dibina hendaklah setara dengan kebolehan dan kematangan calon SPM atau pelajar tingkatan lima, bukannya ayat yang terlalu mudah dan ringkas.
(Sumber: Berita Harian, SKOR, 4 Februari 2009)

No comments:

Post a Comment